Remaja lembam hilang, masuk hutan kerana merajuk - Utusan Malaysia

Remaja lembam hilang, masuk hutan kerana merajuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Seorang remaja lembam dilaporkan hilang sejak Selasa lepas, selepas didakwa masuk ke dalam kawasan hutan berhampiran rumahnya di Kampung Lengkong di Karak, Bentong dekat sini kerana merajuk.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Yusuf Unis berkata, Muhammad Haikal Ahmad, 17, dilaporkan kali terakhir dilihat pada pukul 5 petang Selasa lalu, oleh ayahnya, Ahmad Ali, 50, yang memintanya bersiap untuk ke kelas mengaji.

“Ayah remaja itu mendakwa anaknya sedikit memberontak dan keluar dari rumah, namun tidak mengesyaki apa-apa sehingga dimaklumkan penduduk kampung melihat anaknya masuk ke ladang kelapa sawit berhampiran hutan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Usaha mencari telah dilakukan ayah remaja itu dengan pertolongan penduduk kampung namun masih tidak berjaya menjumpai anaknya menyebabkan dia membuat laporan polis pada Rabu lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Yusuf berkata, ini merupakan kali kedua Muhammad Haikal yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik dan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) bagi masalah pembelajaran dilaporkan hilang.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja itu di hutan telah dijalankan sejak Rabu lepas oleh anggota Balai Polis Karak dengan menggunakan khidmat anjing pengesan serta turut mendapat bantuan orang kampung. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini