SENARIO politik tempatan yang pantas berubah adalah manifestasi betapa kritikalnya sesebuah parti politik memerlukan pemimpin yang bukan sahaja berani membuat keputusan yang dianggap menongkah arus tetapi lebih penting keputusan itu dibuat bersandarkan fakta dan bukannya emosi. Terkini apabila dua parti komponen BN iaitu MCA dan MIC diberitakan berhajat untuk menubuhkan pakatan baharu kerana hilang keyakinan terhadap Barisan Nasional (BN). Maka boleh dipersoalkan apakah keputusan itu dibuat berdasarkan fakta atau emosi…










