Rayer perlu diberikan kursus - Utusan Malaysia

Rayer perlu diberikan kursus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 25 Mac – Sikap RSN Rayer (PH-Jelutong) yang dilihat kerap mencelah ketika Ahli-Ahli Parlimen pembangkang khususnya UMNO berbahas semasa sesi sidang Dewan Rakyat menyebabkan beliau dicadang menjalani kursus perbahasan.

HASAN ARIFIN
HASAN ARIFIN 

Cadangan itu datang daripada Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) yang menganggap kata-kata dilemparkan sesetengah penyokong kerajaan itu agak mengguriskan hati.

“Sepatutnya dia digantung, diberi kursus kepada Ahli Parlimen Jelutong ini. Sepatutnya,” katanya ketika membahaskan usul menjunjung titah Yang Di-Pertuan Agong dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perbahasan Hasan hari ini kerap mendapat celahan daripada beberapa penyokong kerajaan yang tidak berpuas hati dengan kandungan perbahasannya.

Hasan sebelum itu turut menganggap Rayer merupakan antara Ahli Parlimen yang kerap menimbulkan isu yang didakwanya boleh menjejaskan keharmonian dalam sidang Dewan Rakyat, meskipun

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer
RSN RAYER

Rayer dilihat hanya mencelah untuk bertanyakan isu-isu dan permasalahan pentadbiran negara ketika pemerintahan Barisan Nasional. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini