Ramli bangga pakai ‘Tanjak Ketua’ - Utusan Malaysia

Ramli bangga pakai ‘Tanjak Ketua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd. Nor mengakui cukup berbangga dapat memakai ‘Tanjak Ketua’ perhiasan di kepala bagi masyarakat orang Asli dari suku Semai ketika berbahas kali pertama di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Ramli lagi, Tanjak Ketua itu dihadiahkan oleh orang kampung dari Cameron Highlands untuk dipakai olehnya di Parlimen.

“Ini topi orang besar-besar bagi suku Semai, dipakai kebiasannya oleh ketua atau tok batin semasa majlis rasmi dan perayaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pakai hari ini sebagai tanda, niat saya adalah orang Asli pertama dalam Dewan Rakyat, hari ini adalah perbahasan pertama saya, suara orang Asli pertama dalam Dewan Rakyat. Saya ingin jelaskan kepada masyarakat bahawa orang Asli wujud di malaysia dan ini adalah isi hati mereka,” katanya. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini