ALGIERS 15 Mac – Rakyat Algeria hari ini meneruskan tunjuk perasaan mendesak Presiden Abdelaziz Bouteflika meletak jawatan selepas pemimpin itu bertindak membatalkan pemilihan pada bulan depan. Berpuluh ribu orang termasuk wanita dan kanak-kanak berkumpul di tengah-tengah ibu kota Algeria selepas Bouteflika menyatakan tidak akan bertanding dalam pemilihan semula namun membatalkan pemilihan tersebut. -AFP









