KUALA LUMPUR 30 Mac – Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiri Majlis Santapan Minum Petang anjuran Persatuan Pandu Puteri Malaysia, hari ini. Tetamu diraja yang turut berangkat ialah Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim dan Che’ Puan Khaleeda Bustamam, isteri Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.…










