Raja Muda Perlis zahir kebimbangan ponteng sekolah di Perlis - Utusan Malaysia

Raja Muda Perlis zahir kebimbangan ponteng sekolah di Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR 13 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan kebimbangan baginda terhadap gejala ponteng sekolah yang berlaku di hampir semua sekolah di negeri ini, sekali gus mencabar kewibawaan guru besar dan pengetua masa kini.

Baginda bertitah, justeru isu itu sewajarnya ditekan oleh pengurusan pihak sekolah secara berulang-ulang untuk memperingatkan pelajar daripada semasa ke semasa bahawa ia merupakan salah laku yang serius.

“Ingatlah, ponteng sekolah akan menyebabkan pelajar itu bukan sahaja tertinggal dalam pendidikan tetapi akan lalai, malah mungkin terdedah ke dalam kancah salah laku yang lebih besar seperti jenayah,” titah baginda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra ketika berkenan berangkat merasmikan program Titian Kasih Mega Peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beseri 2019 di sekolah tersebut di sini, hari ini.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Pengetua sekolah Azlini Khairan serta ketua penyelaras bersama program, Azuan Mohd. Nasir dan Hakim Khan.

Program ini adalah anjuran Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan dihadiri seramai 175 orang pelajar tingkatan satu hingga tiga sekolah itu.

Bersempena program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan merasmikan Kelas Pembelajaran Abad ke 21 sekolah berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini