ARAU 15 Mac – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menzahirkan rasa dukacita ekoran tragedi serangan ke atas masjid di Christchurch, New Zealand yang dikhuatiri ramai rakyat negara ini menjadi mangsa. Titah baginda, seluruh dunia bersimpati di atas nasib yang menimpa mangsa serta keluarga terlibat dan berdoa agar kemelut ini diselesaikan sebaiknya. Baginda bertitah, keamanan dan keselamatan merupakan perkara yang tiada tolak ansur dan semua pihak perlu sekata dalam mempertahankannya. “Rakyat juga diingatkan agar menjauhi segala bentuk amalan yang dilakukan secara ekstrem dan radikal. Ideologi ekstrem boleh meresapi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya