Rahimi beransur pulih, teruskan doa - Utusan Malaysia

Rahimi beransur pulih, teruskan doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Mac – Seorang rakyat Malaysia yang cedera akibat insiden serangan di Christchurch, New Zealand Jumaat lalu dilaporkan stabil dan akan menjalankan pembedahan petang ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz memberitahu, Rahimi Ahmad semakin positif dan telah memberikan tindak balas.

“Syukur Rahimi semakin positif sudah boleh bagi tindak balas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Petang ini akan dibuat pembedahan sekali lagi, teruskan doa,” tulisnya dalam hantaran Facebook miliknya hari ini.

Rahimi sebelum ini dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan bergantung kepada mesin pernafasan.

Ketika kejadian Rahimi berada di Masjid Al Noor, Deans Avenue manakala anak lelakinya, Ahmad Razif, 11, yang berada di luar masjid dise­lamatkan jemaah lain.

Dalam kejadian itu, Rahimi yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat tenusu di Christchurch dilaporkan cedera akibat terkena tembakan pada bahagian rusuk. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini