BAGAI ada beban yang terbungkam dalam diri pelakon Remy Ishak untuk meluahkan apatah lagi mengakui yang dia kini sudah memutuskan tali pertunangan dengan wanita bernama Ezza Yusof. Selepas diasak beberapa kali, pemilik nama sebenar, Mohammad Zalimei Ishak itu mengakui dengan hati yang berat bahawa pertunangannya dengan usahawan tersebut sudah berakhir kira-kira sebulan lalu. Pada permulaan perbualan, pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu seperti tidak rela mendedahkan status sebenar pertunangannya. Alasan diberikan, dia enggan mengeruhkan lagi keadaan kerana banyak hati yang perlu dijaga baik di pihaknya dan bekas tunang. “Benar kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya