Pulisic, McKennie, Adams dipanggil sertai skuad AS - Utusan Malaysia

Pulisic, McKennie, Adams dipanggil sertai skuad AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES 13 Mac – Pemain dari Bundesliga, Christian Pulisic, Weston McKennie dan Tyler Adams disenaraikan dalam barisan Amerika Syarikat (AS) untuk aksi persahabatan menentang Ecuador serta Chile, Selasa ini.

Senarai barisan itu yang dikeluarkan oleh jurulatih baharu Gregg Berhalter adalah bagi persediaan menjelang Piala Emas CONCACAF tahun ini.

Pulisic yang juga pemain pinjaman dari Borussia Dortmund ke Chelsea, McKennie (Schalke) dan Adams (RB Leipzig) masing-masing terlepas dalam kem latihan pertama pada Januari lalu, menyaksikan hanya pemain dari kelab tempatan sahaja yang menjalani sesi itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, trio terbabit melengkapkan senarai 24 pemain untuk menentang Ecuador yang dijadualkan berlangsung pada 21 Mac di Orlando, diikuti juara Amerika Selatan, Chile lima hari kemudian.

“Kami fikir ia sangat penting untuk mengikat beberapa pemain ini dari kem latihan terdahulu kepada kem latihan seterusnya agar memperoleh konsistensi dalam pembikinan pasukan.

“Kami masih fikirkan adakah kami mampu menilai kumpulan baharu ini dan kami fikir ia akan menjadi pasukan berharga untuk mengharungi Piala Emas,” kata Berhalter.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini