KUALA LUMPUR 24 Mac – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Wilayah Persekutuan akan mengadakan Hari Kemahiran Peringkat Zon 1 di pusat pendidikan itu di Jalan 2/12, Kampung Sri Batu, di sini pada 6 dan 7 April ini.
Program yang akan bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang itu bertujuan memperkenalkan kelas-kelas kemahiran Kemas secara menyeluruh kepada masyarakat sekitar.
Program diisi dengan pelbagai aktiviti antaranya tarian zumba, wacana ilmu, persembahan kebudayaan dan cabutan bertuah
Memuatkan artikel berkaitan…
Majlis penutupan program itu bakal disempurnakan oleh Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran. – UTUSAN ONLINE











