KUALA LUMPUR 7 Mac – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Program Bacaan Kegemaran Saya bersama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan di Auditorium DBKL, Menara DBKL 1, di sini esok. Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Norhaslinda Nordin dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, program itu akan disempurnakan oleh Nor Hisham pada pukul 8.45 pagi. – UTUSAN ONLINE










