Program 1Masjid 1Polis diperluas ke rumah ibadat lain - Utusan Malaysia

Program 1Masjid 1Polis diperluas ke rumah ibadat lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang positif di atas kejayaan dan keberkesanan program 1Masjid 1Polis (1M1P) dalam mengurangkan kadar jenayah di negara ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK), Datuk Seri Rosli Ab. Rahman berkata, program tersebut berjaya menurunkan peratusan jenayah antara tiga hingga empat peratus sejak diwujudkan.

“Program ini bermula di Terengganu sebelum dicadangkan program ini diadakan di seluruh negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi program ini kita percaya dapat membantu untuk mengurangkan kadar jenayah di dalam dan kawasan sekitar masjid,” katanya kepada pemberita selepas Forum ‘Towards A Safe Living And Working Environment’ di Malaysia International Trade And Exhibition Centre (MITEC), di sini hari ini.

Menurut Rosli, pihaknya juga bercadang untuk memperluaskan program seumpamanya ke rumah ibadat lain seperti kuil, tokong dan gereja.

“Ini amat bertepatan dengan keadaan semasa ketika ini bagi mengelak kejadian seperti yang berlaku di New Zealand.

“Kita akan teruskan usaha ini bagi mengelak kejadian jenayah selain ancaman anti agama serta pengganas,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini