PRK Semenyih: Proses pengundian terkawal - Polis - Utusan Malaysia

PRK Semenyih: Proses pengundian terkawal – Polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENYIH – Proses pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih setakat ini terkawal biarpun keadaan lalu lintas di beberapa lokasi dilaporkan sesak, kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan di semua pusat daerah mengundi (PDM) terkawal dan baik. Setakat ini pihak polis juga tidak menerima apa-apa laporan berhubung sebarang insiden atau isu-isu panas,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan tinjauan di pusat mengundi Dewan Orang Ramai Semenyih di sini.

Ahmad Dzaffir berkata, anggota polis trafik termasuk dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditempatkan di 24 pusat mengundi bagi mengawal lalu lintas.

Lokasi tumpuan ialah di setiap persimpangan masuk di Bandar Sunway, Paling Jaya serta Sungai Lalang, selain laluan ke Pekan Semenyih, Batu 26 Beranang dan Bandar Rinching serta laluan utama Kajang-Semenyih-Beranang.

Pengguna jalan raya yang tidak terlibat dengan proses mengundi dinasihatkan supaya mengelak daripada melalui laluan berkenaan dan menggunakan laluan alternatif di Jalan Eco Setia Hill, Jalan Ecoworld dan Lebuhraya LEKAS. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN