PRK Rantau: PH yakin menang - Mohamad Sabu - Utusan Malaysia

PRK Rantau: PH yakin menang – Mohamad Sabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI – Pakatan Harapan (PH) yakin dapat merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihraya Raya Kecil (PRK) kali ini, kata Timbalan Presiden PH, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, sekiranya PH mahu menang ia memerlukan kerja keras serta komitmen penuh jentera parti berkenaan.

“Kita bersiap-siaga sekarang kerana kita mampu, antara isu dimainkan adalah ekonomi negara dan kita akan menjawab kepada rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setiap kali pada PRK, kita kena yakin menang, cuma siapa yang menang akan ditentukan pada 14 April nanti, terserah kepada rakyat untuk membuat pilihan mereka, pilih PH pun tidak apa, tolak BN pun tidak apa,” katanya pada sidang akhbar sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penamaan calon PRK DUN Rantau pada hari ini.- Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini