PRK Rantau: PH tak ambil mudah - Mukhriz - Utusan Malaysia

PRK Rantau: PH tak ambil mudah – Mukhriz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengambil mudah Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata, PH bakal berdepan saingan daripada UMNO memandangkan kawasan itu diwakili bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Kami tidak akan ambil mudah tambah-tambah lagi apabila seorang bekas Menteri Besar bakal bertanding di situ. Kita akan lakukan yang terbaik.

“Dalam beberapa hari lagi (akan) ada perbincangan lebih teliti (pimpinan PH) untuk persiapan PRK DUN Rantau,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perayaan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Muhammad V ke-49 bagi kali Ke-2 yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini, hari ini.

Majlis pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat dan Surat Kepujian kepada 393 penerima itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN