PRK Rantau: Mohamad Sabu akui sukar menang - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Mohamad Sabu akui sukar menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengakui Pakatan Harapan (PH)  sukar untuk menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, pada 13 April ini.

Justeru, beliau berkata, PH perlu bekerja lebih keras bagi menawan kerusi yang dianggap kubu kuat UMNO tersebut.

“Anggapan rakyat bahawa PH adalah hamba DAP masih kuat selain pihak lawan menggunakan ayat al-Quran (dalam ceramah).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh demikian, PH kena ambil perhatian dan perlu  berjaga-jaga supaya tidak timbul persepsi yang salah…ini kerana pihak lawan memang kerja mereka menimbulkan persepsi sebegitu,” kata Mohammad yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Bicara Minda Bersama Menteri Pertahanan anjuran Kumpulan Media Karangkraf di Kompleks Karangkraf di sini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini