PRK Rantau: MCA gerak seluruh kekuatan bantu BN berkempen - Utusan Malaysia

PRK Rantau: MCA gerak seluruh kekuatan bantu BN berkempen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – MCA akan menggembleng seluruh kekuatannya untuk membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan menang Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April ini.

Presidennya, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, MCA akan memberi tumpuan terhadap seramai 3,849 pengundi kaum Cina di Rantau khususnya di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) iaitu Bandar Ekar, Kuala Sawah dan pekan Rantau.

“PDM ini mempunyai lebih dua pertiga daripada jumlah keseluruhan pengundi Cina di DUN berkenaan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lima lagi PDM mempunyai antara 100 and 210 pengundi Cina, manakala enam lagi PDM kurang daripada 100 orang,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Jentera MCA PRK DUN Rantau di sini malam tadi.

Ka Siong berkata, Mohamad telah banyak berjasa kepada penduduk di Rantau termasuk kaum Cina sepanjang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan tersebut pada 2004.

Justeru, katanya, beliau percaya Pakatan Harapan akan menggunakan semua jentera Pusat dan negeri untuk menghalang kemenangan Mohamad bagi menyekat momentum sokongan rakyat kepada BN.

DUN Rantau mempunyai 20,926 pemilih berdaftar dengan pengundi Melayu berjumlah 11,283 atau 55.11 peratus, pengundi India 26.06 peratus (5,336), Cina 18.80 peratus (3,849) manakala lain-lain 0.02 peratus (empat). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini