REMBAU – Salah seorang calon bebas mendakwa beliau bertanding Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kerana tidak berpuas hati dengan ‘bossku’. Calon berkenaan, R. Malar, 51, berkata, beliau kurang senang melihat anak muda melaungkan ‘Malu Apa Bossku’ sedangkan slogan itu berkait bekas pemimpin yang terpalit skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). “Saya bertanding sebab saya tidak begitu senang dengan apa yang berlaku iaitu slogan ‘Malu Apa…










