PRK Rantau: Bekas calon Pas bertanding bebas - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Bekas calon Pas bertanding bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Bekas calon Pas pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mohd. Nor Yassin antara mereka yang bertanding sebagai calon bebas dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi DUN Rantau kali ini.

Beliau yang tewas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh pada PRU-13 mendakwa, keputusannya bertanding PRK DUN Rantau kerana mahu menegakkan kepimpinan Islam seperti dihasratkan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat. 

“Saya bertanding bukan atas nama Pas, sebaliknya sebagai calon bebas. Saya akan mengajak rakan-rakan Pas mengundi saya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika mahu menegakkan kepimpinan bersama Islam, ini adalah masanya dan saya ambil ruang demokrasi ini,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bandar Sri Sendayan di sini hari ini. 

Pemangku Pesuruhjaya Pas negeri, Rafiei Mustapha ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini bagaimanapun menafikan Mohd. Nor masih ahli Pas, malah mendakwa bekas pemimpin Pas Gemencheh itu telah menyertai Parti Amanah Negara. 

Kata beliau, Mohd. Nor tiada lagi ada kena mengena dengan Pas, namun beliau mengakui terkejut dengan tindakan Mohd. Nor bertanding PRK DUN Rantau sebagai calon bebas. 

“Saya tidak fikir pencalonannya akan memberi sebarang kesan dan menjejaskan kerjasama Pas dan UMNO dalam PRK DUN Rantau. Beliau mahu pecah undi Melayu, itu sahaja,” dakwanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini