Prabowo mahu banteras rasuah - Utusan Malaysia

Prabowo mahu banteras rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 9 Mac – Calon Presiden (Capres) Indonesia nombor dua, Prabowo Subianto memberi komitmen mahu membanteras gejala rasuah yang semakin merebak di segenap lapisan masyarakat di negara ini sekiranya memenangi Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2019.

Tribunnews melaporkan, Prabowo menyifatkan Indonesia kini berada keadaan yang buruk disebabkan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini.

Katanya, beliau juga berjanji mahu mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam rasuhan dan tidak membenarkan mereka lari daripada undang-undang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Nanti ada yang bertanya di mana buktinya? Sekiranya diberi mandat daripada rakyat, saya akan mencari bukti-bukti rasuah tersebut.

“Kemudian mengejar mereka yang terlibat dalam rasuah. Sekiranya perlu ke Antartika atau padang pasir, saya akan pergi,” katanya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini