PPj gerak operasi pembersihan pokok tumbang  - Utusan Malaysia

PPj gerak operasi pembersihan pokok tumbang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 10 Mac – Perbadanan Putrajaya (PPj) mengerakkan operasi pembersihan dan pengalihan pokok serta tiang yang tumbang dengan serta-merta selepas kejadian ribut kencang melanda Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada lewat petang semalam.

Presiden PPj, Datuk Dr. Aminuddin Hassim memaklumkan, operasi itu juga disertai pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) Jabatan Perdana Menteri dan Alam Flora Sdn. Bhd.

Menurut beliau, antara kawasan yang terjejas adalah kawasan kejiranan serta taman-taman awam di Presint 1, 8, 9, 10, 11, 14 dan 16 yang melibatkan 122 batang pokok tumbang,  115 pokok sekah dan lima tiang lampu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Operasi bersepadu ini melibatkan kekuatan 30 orang dan tiga jentera skylift, lima lori, satu kren dan dua perincih ‘shredder’ daripada PPj.

“Buat masa ini, kerja-kerja pembersihan telah siap hampir 60 peratus dengan PPj dan agensi-agensi terlibat akan meneruskan kerja-kerja pembersihan dan pengalihan pokok sehingga selesai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, beberapa kawasan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dilanda ribut kencang pada pukul 6 petang sehingga menyebabkan pokok tumbang malah kejadian itu turut menyebabkan beberapa pintu cermin di Masjid Putra pecah akibat dibadai angin kuat. – UTUSAN ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini