Polis terima laporan kes cabul anak tiri CEO Cradle Fund - Utusan Malaysia

Polis terima laporan kes cabul anak tiri CEO Cradle Fund

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur mengesahkan menerima laporan berhubung seorang remaja lelaki yang mendakwa didera secara fizikal dan seksual ketika ditempatkan di sebuah pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Sentul.

Mangsa berusia 16 tahun itu merupakan suspek ketiga yang didakwa membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd, Nazrin Hassan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, laporan berhubung dakwaan cabul itu dibuat oleh bapa mangsa di Sentul hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ya, kita ada terima laporan berhubung kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak Kanak 2017 serta Sekyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! tadi.

Terdahulu, peguam yang mewakili remaja berkenaan, Hisyam Teh Poh Teik mendedahkan kejadian yang menimpa anak guamnya semasa sebutan kes itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

“Saya dimaklumkan bahawa dia diserang secara fizikal dan seksual.

“Justeru, saya memohon agar dia dipindahkan ke Shah Alam,” katanya dihadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman.

Pendedahan itu juga menyebabkan beberapa ahli keluarga yang menghadiri prosiding semalam menangis dan terkejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini