Polis tahan pekerja LTAS miliki 5.95 kg heroin  - Utusan Malaysia

Polis tahan pekerja LTAS miliki 5.95 kg heroin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Polis menahan seorang pembantu landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Johor dan merampas 5.95 kilogram (kg) dadah jenis heroin dalam satu operasi di Seremban Gateway di sini Khamis lalu.

Pemangku Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, lelaki berusia 25 tahun itu ditahan semasa dia dalam perjalanan menghantar dadah bernilai kira-kira RM104,000 tersebut dari Johor ke Lembah Klang dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Kami menahannya semasa dia berhenti rehat di Seremban Gateway dan menemui dadah itu disimpan dalam sebuah kotak di tempat duduk belakang kereta tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis percaya terdapat sindiket dadah berkaitan kes ini dan siasatan lanjut mengenainya sedang dijalankan,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan di sini hari ini.

Mohamad berkata, polis turut menyita barang kemas dan kenderaan digunakan oleh suspek, manakala ujian saringan air kencing ke atasnya negatif penyalahgunaan dadah.

Jelas beliau, suspek ditahan reman selama lapan hari bermula 8 Mac lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau, jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati berdasarkan akta tersebut.

“Suspek juga didapati mempunyai satu rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini