Polis siasat kejadian conteng dinding kedutaan Korea Utara - Utusan Malaysia

Polis siasat kejadian conteng dinding kedutaan Korea Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis akan menjalankan siasatan berhubung tindakan beberapa individu menconteng dinding pada bahagian luar kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pada pukul 3 pagi oleh empat lelaki yang tidak dapat dipastikan bangsanya.

“Siasatan awal mendapati empat lelaki berkenaan mempunyai fizikal yang tinggi, memakai topi dan penutup muka bagi menyembunyikan identiti mereka dari dikesan pihak berkuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keempat-empat suspek ini telah menconteng dinding bahagian luar kedutaan tersebut dengan menggunakan cat berwarna biru dalam tulisan Korea yang bermaksud ‘Bebaskan Korea’ termasuk beberapa simbol yang belum ditafsirkan maksudnya secara sahih,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, setakat ini, polis masih belum mengenalpasti identiti keempat-empat suspek namun siasatan sedang giat dijalankan dari semua sudut bagi mengenalpasti motif kejadian.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu khianat kepada harta benda. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini