KUALA LUMPUR – Satu sindiket perjudian online yang mampu memperoleh jumlah pertaruhan mencecah RM300,000 sehari ditumpaskan selepas pihak polis menyerbu sebuah rumah teres di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor awal pagi tadi. Dalam serbuan pukul 3 pagi itu polis turut menahan seorang lelaki warga Indonesia serta dua remaja tempatan berusia lingkungan 17 hingga 24 tahun yang sedang leka memberikan kata laluan pengguna (ID) kepada kaki judi yang sudah membuat pembayaran secara atas talian. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya