LANGKAWI – Polis menemui beberapa kesan dipercayai titisan darah pada alas tilam ketika melakukan pemeriksaan di rumah pasangan suami isteri yang disyaki membunuh kanak-kanak, Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3, di kuarters kakitangan Hospital Langkawi (HL) di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintendan Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, penemuan itu hasil pemeriksaan anggota forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah (IPK) di kediaman tersebut kira-kira pukul 3.30 petang tadi. “Alas tilam…










