KUALA LUMPUR 19 Mac- Anggota polis telah diarahkan untuk memantau rumah ibadat di negara ini susulan insiden tembakan rambang ke atas jemaah di dua masjid di Christchurch, New Zealand pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, beliau telah mengeluarkan arahan serta merta itu terhadap Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah.
“Selepas insiden tersebut, saya telah mengarahkan kesemua pegawai serta anggota untuk bersiap sedia bagi memantau gereja atau kuil dan sebagainya kerana takut ada balas dendam (retaliation),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung tahap keselamatan susulan insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand Jumaat lepas yang kini dilaporkan mengorbankan kira-kira 50 nyawa.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Koperasi Polis Diraja Malaysia, RESPA, PKIM di Ibu pejabat Polis Bukit Aman Aman di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE











