SANDAKAN 31 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan yang menjalankan Operasi Pensura menahan sebuah kapal nelayan Vietnam di kawasan perairan Pulau Jambongan dekat sini kira-kira pukul 1 tengah hari semalam. Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata PPM Sandakan menahan seorang lelaki Vietnam berumur 30 tahun yang merupakan juragan kapal itu bersama empat lagi anak kapal, semuanya lelaki dari negara yang sama di dalam kapal…










