MANCHESTER – Spekulasi perpindahan Paul Pogba keluar daripada Manchester United kini semakin hangat selepas dia mendedahkan keinginannya untuk menyarung jersi Real Madrid. Pogba, 26, secara terbuka berkata demikian dalam sidang akhbar bersama pasukan Perancis menjelang pusingan kelayakan Kejohanan Euro 2020 menentang Moldova kelmarin. Pemain tengah itu hangat diperkatakan akan meninggalkan Old Trafford sepanjang musim ini terutama sewaktu United di bawah kendalian Jose Mourinho yang menyaksikan insiden perbalahan sering terjadi antara kedua-dua individu tersebut. Walaupun The Red Devils kini dibimbing oleh Ole Gunnar Solskjaer menggantikan Mourinho yang dipecat tetapi ia masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya