ROME 5 Mac – Perdana Menteri Italy, Giuseppe Conte menjangkakan akan mengumumkan keputusan kerajaan sama ada meneruskan projek laluan kereta api kelajuan tinggi (TAV) antara Turin dan Lyon pada hujung minggu ini.
Menurutnya, keputusan bagi projek tersebut dijangka dibuat pada Jumaat berikutan perbincangan hampir selesai.
“Saya memberi jaminan bahawa kita akan membuat keputusan yang menyasarkan melindungi kepentingan negara,” katanya selepas mesyuarat tertinggi Kabinet hari ini.
Isu projek itu melihatkan pertembungan dalam kerajaan gabungan dengan Parti Liga diketuai Matteo Salvini menyokong namun rakan pakatan, Five Star Mivement, Luigi Di Maio menyatakan ia menyalah guna dana awam.
Bagaimanapun, Perancis menyokongnya dan begitu juga Kesatuan Eropah yang mana telah menyediakan beratus juta euro peruntukan untuk projek itu. – AFP










