PKR tetap sokong kepemimpinan Dr. Mahathir - Anwar - Utusan Malaysia

PKR tetap sokong kepemimpinan Dr. Mahathir – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 8 Mac – Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan PKR tidak berganjak dengan pendirian untuk menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti yang telah dipersetujui secara bersama sebelum ini.

Menurut Presiden PKR itu, sokongan penuh itu turut merangkumi proses peralihan yang aman dan sebarang usaha untuk mengkhianati amanah serta persefahaman bersama mengenai dasar kepimpinan akan dibantah keras oleh PH.

“Kita bukan sahaja menyokong kepemimpinan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri malah turut memberi sokongan terhadap proses peralihan yang aman seperti yang dipersetujui oleh semua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menyentuh mengenai perkembangan politik ketika ini, kerajaan mampu menangani isu kerjasama UMNO-Pas atau kenyataan perkauman melampau dengan melakukan penerangan agresif selain menganjurkan program mesra rakyat secara berkesan,” katanya dalam kenyataan di dalam akaun Facebook beliau di sini hari ini.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menambah, reaksi kekalahan PH dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dibuat secara gopoh sedangkan sokongan rakyat termasuk orang Melayu tidak banyak berubah.

Katanya, fokus utama yang diperlukan PH ketika ini adalah untuk menjadi kerajaan yang utuh, bersatu, peka kepada penderitaan rakyat dan melaksanakan program ekonomi yang menjamin keselesaan semua tanpa mengira latar belakang kaum serta agama. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini