PKR negeri tidak bincang dengan saya isu tukar Exco - Utusan Malaysia

PKR negeri tidak bincang dengan saya isu tukar Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 22 Mac – Exco kerajaan negeri, Abdul Yunus Jamhari memberitahu beliau tidak dimaklumkan oleh PKR negeri berhubung cadangan parti itu supaya seorang exco dari parti itu ditukarkan.

Beliau yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri berkata, tiada sebarang perjumpaan atau perbincangan mengenai perkara itu dengan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Sebaliknya, Abdul Yunus menyifatkan cadangan pertukaran Exco oleh PKR Perak cuma isu dalaman yang diibaratkan seperti ‘ribut dalam cawan’.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, apa sahaja isu yang timbul dalam parti itu boleh diselesaikan dengan baik dan berhemah sebagai sebuah keluarga.

“Bagi saya yang telah 20 tahun bersama PKR dan tiga penggal sebagai wakil rakyat, ini semua (isu dalaman) hanyalah ribut dalam cawan.

“Apa perkara pun boleh selesai dengan cara baik, secara berhemah ibarat satu keluarga agar rakyat yakin dengan kerajaan baharu di mana hari ini Pakatan Harapan (PH) sendiri telah pun menjadi kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Air Sedunia 2019 peringkat negeri di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini.

Abdul Yunus mengulas kenyataan Farhash Wafa yang mendakwa telah mengadakan perbincangan bagi pertukaran seorang Exco kerajaan negeri daripada parti tersebut baru-baru ini.

Ketika ini, terdapat dua exco kerajaan negeri dari PKR iaitu Abdul Yunus dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan negeri, Tan Kar Hing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini