PKNS manfaat aksi di Shah Alam - Utusan Malaysia

PKNS manfaat aksi di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Mac – Pasukan PKNS memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk mendapatkan tiga mata penuh selepas berjaya menewaskan Felda United dengan keputusan 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Kemenangan tersebut membolehkan PKNS naik satu tangga untuk berada di tempat keempat liga dengan 11 mata selepas enam perlawanan berlangsung.

Dalam perlawanan tersebut PKNS dilihat menguasai perlawanan terutama pada separuh masa pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tuan rumah juga tidak menunggu lama bagi mendapatkan jaringan apabila rembatan kencang Romel Morales pada minit ke-23 berjaya menghadiahkan gol awal permainan buat PKNS.

Bermula babak kedua perlawanan menyaksikan Felda United sukar menyerap tekanan dengan baik dan longgar di bahagian pertahanan hingga memudahkan PKNS menambah gol kedua menerusi Tamirlan Kozubaev pada minit ke-46.

Kedudukan kekal dengan keputusan 2-0 sehingga tamat perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini