Pesta Buku Antarabangsa bermula 29 Mac ini - Utusan Malaysia

Pesta Buku Antarabangsa bermula 29 Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) akan menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Menerusi satu catatan di laman web www.klibf.my, acara tahunan yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 9 malam itu akan berlangsung selama 10 hari bermula 29 Mac ini.

Katanya, penganjuran PBAKL yang dimulakan sejak 1981 itu berjaya mencatat lebih dua juta pengunjung sejak 2013.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kejayaan ini didorong oleh lokasi yang strategik untuk pencinta buku mendapatkan pelbagai bahan bacaan sama ada dalam terbitan lama mahu pun baru.

“Selain itu, pelbagai program dilaksanakan oleh syarikat penerbitan buku di seluruh rantau ini yang merancakkan lagi sambutan dan kemeriahan PBAKL,” katanya.

Selain pelancaran buku, penganjuran seminar dan konvensyen juga menjadi sebahagian daripada pengisian sepanjang acara itu berlangsung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini