Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya bermula 28 Mac - Utusan Malaysia

Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya bermula 28 Mac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mac – Ruang udara Putrajaya akan dihiasi pelbagai bentuk belon udara panas sempena Pesta Belon Udara Panas Antarabangsa Ke-10 yang akan berlangsung di Presint 2 pada 28 hingga 30 haribulan ini.

Dianggarkan lebih daripada 20 pengendali belon udara panas dari 14 buah negara termasuk Malaysia, Belgium, United Kingdom dan Sepanyol akan mengambil bahagian dalam acara bermula pukul 7 pagi itu.

Selain menyaksikan pelbagai bentuk belon seperti robot, badut, beruang, sotong dan gajah, pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat bagaimana jentera itu beroperasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pesta belon udara panas anjuran AKA Ballon dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) itu turut dimeriahkan dengan tembakan bunga api. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini