ADDIS ABABA 10 Mac – Sebuah pesawat penumpang, Ethiopian Airlines yang dalam perjalanan dari Addis Ababa ke Nairobi, Kenya terhempas sebaik berlepas, pagi tadi.
Portal berita BBC melaporkan, pesawat itu dipercayai membawa 149 penumpang dan lapan krew kabin.
Seorang jurucakap berkata, kemalangan tersebut berlaku pada kira-kira pukul 8.44 pagi waktu tempatan hari ini selepas berlepas dari ibu negara Ethiopia.
Memuatkan artikel berkaitan…
Perdana Menteri Ethiopia, Abiy Ahmed dalam akaun Twitter miliknya mengucapkan takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang.











