WASHINGTON 27 Mac – Agensi Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengesahkan sebuah pesawat Boeing 737 MAX yang dikendalikan Southwest Airlines membuat pendaratan cemas di Orlando, Florida semalam selepas mengalami masalah enjin.
Daily Mail melaporkan, kru kapal telah memaklumkan tentang kecemasan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Orlando pada kira-kira pukul 2:50 petang waktu tempat dan berjaya mendarat dengan selamat.
Difahamkan, tiada penumpang berada dalam pesawat yang mahu dibawa ke Victorville, California untuk disimpan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“FAA sedang menyiasat,” tambah agensi itu, yang kini menggantung Boeing 737 MAX berikutan dua nahas membabitkan Ethiopian Airlines dan Lion Air. -AGENSI











