Pesara guru maut akibat serangan jantung ketika temani isteri ke pasar - Utusan Malaysia

Pesara guru maut akibat serangan jantung ketika temani isteri ke pasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Hasrat seorang pesara guru menemani isterinya membeli barang keperluan di pasar pekan ini tidak kesampaian selepas maut akibat serang jantung ketika memandu kereta di Jalan Sungai Limau, di sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu mengakibatkan kereta jenis Honda City dipandu Abu Hanif Dollah, 60, merempuh tiang elektrik. 

Difahamkan semasa kejadian, Abu Hanif baru memandu keretanya itu kira-kira lima meter dari rumahnya. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Isteri mangsa, Foziah Ahmad, 65, bagaimanapun hanya mengalami cedera ringan. 

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut masih dijalankan pihaknya. 

“Mayat mangsa telah dihantar ke  Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini