Pertembungan ‘heavyweight’ Barcelona, United - Utusan Malaysia

Pertembungan ‘heavyweight’ Barcelona, United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NYON, Switzerland 15 Mac – Juara lima kali, Barcelona bakal berdepan gergasi Liga Perdana Inggeris yang juga juara tiga kali, Manchester United dalam pertembungan ‘heavyweight’ suku akhir Liga Juara-Juara.

Dalam undian yang dilakukan di ibu pejabat badan bola sepak Eropah, UEFA di sini hari ini, juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City pula bakal ditentang kelab senegara, Tottenham.

Juara lima kali, Liverpool akan ditentang wakil Portugal, Porto manakala Juventus yang diketuai Cristiano Ronaldo berdepan gergasi Belanda, Ajax.

Memuatkan artikel berkaitan…

Suku akhir pertama di antara Liverpool menentang Porto dan Tottenham bertemu City akan diadakan pada 9 April manakala aksi timbal balik pada 17 April.

Pertemuan pertama Juventus-Ajax dan Barcelona-United pula berlangsung pada 10 April, diikuti suku akhir kedua pada 16 April.

Pemenang di antara United dan Barcelona akan bertemu Liverpool atau Porto manakala Tottenham/City menentang Juventus/Ajax dalam separuh akhir. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini