KOTA BHARU 4 Mac – Pertandingan e-Matematik Terbuka Peringkat Antarabangsa pada 31 Mac ini bakal mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Record (MBR) dengan penyertaan terbesar. Presiden Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Zainab (Semenza), Prof. Dr. Nik Maheran Nik Muhammad berkata, pertandingan berkenaan melibatkan seramai 2,000 penyertaan dari 50 buah sekolah rendah, menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara. Katanya, pertandingan itu bukan sahaja membabitkan pelajar tempatan malah turut melibatkan pelajar antarabangsa dari Syria, Vietnam, Thailand, Mynmar dan Bangladesh. “Pertandingan ini akan mengguna aplikasi dalam talian sepenuhnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya