KUALA LUMPUR 8 Mac- Sekumpulan wanita berhijab dari Malaysia, NAMA berjaya melangkah ke pentas separuh akhir dalam sebuah program realiti televisyen antarabangsa, Asia’s Got Talent. Meskipun membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Bad Romance, mereka hanya berjaya memikat hati juri Anggun C. Sasmi dan Jay Park, namun itu sudah memadai layak ke pusingan seterusnya. Seorang lagi juri iaitu David Foster, kurang berminat dengan persembahan tersebut dan mempercayai persembahan NAMA boleh diperbaiki…










