Persatuan Siam bantah poster kuliah agama - Utusan Malaysia

Persatuan Siam bantah poster kuliah agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Siam Malaysia membantah penggunaan terma ‘bekas sami Buddha’ dalam satu poster kuliah Maghrib khas di Masjid ‘Ibadur Rahman, Kepala Batas, Pulau Pinang yang dijadual berlangsung malam ini.

Presidennya, Aknan Ehtook berkata, masyarakat Siam yang majoritinya beragama Buddha tidak bersetuju dengan penggunaan terma tersebut kerana sami dan agama Buddha adalah sebahagian daripada kehidupan mereka.

Beliau yang juga seorang Senator di Dewan Negara menegaskan, beliau berharap agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof mengambil tindakan segera bagi menghentikan penyebaran poster berkenaan serta memastikan perkara sedemikian tidak berulang kembali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya yakin Datuk Seri sendiri tidak akan bersetuju jika penganut agama lain melakukan perkara yang serupa.

“Saya amat berharap tindakan segera diambil, bukan sahaja demi keharmonian dan perpaduan rakyat, malah yang lebih utama untuk menjaga nama baik agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini