Perodua sumbang kereta peronda Bezza - Utusan Malaysia

Perodua sumbang kereta peronda Bezza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Mac – Sebagai pengiktirafan kepada masyarakat dan negara, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) mengambil langkah proaktif dengan menyumbang tiga kenderaan jenis Bezza kepada Ibu pejabat Kontinjen (IPK) Selangor untuk digunakan sebagai kenderaan peronda.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, ketiga-tiga kereta Bezza itu yang telah dilengkapi dengan peralatan polis termasuk radio dan lampu siren akan digunakan pihak IPK Selangor, Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman dan Ibu pejabat Polis Daerah Hulu Selangor.

Katanya, Perodua Bezza merupakan kenderaan yang sesuai untuk dijadikan kereta peronda polis kerana sifatnya yang tahan lasak, mudah dikendalikan dan efisien dari segi kos di samping jimat minyak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selama 26 tahun Perodua menjadikan Selangor sebagai ‘rumah’, kami telah berjaya beroperasi dengan efektif tanpa sebarang masalah disebabkan usaha keras pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terutamanya IPK Selangor yang berupaya mengekalkan keselamatan awam, aman dan harmoni.

“Kami harap sumbangan ikhlas ini diterima pihak polis sebagai tanda penghargaan kami di atas ketegasan, keadilan, dedikasi dan keberanian yang telah ditunjukkan. Kami hormat anda,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Majlis penyerahan sumbangan itu telah diadakan di IPK Selangor, Shah Alam dekat sini, Selasa lalu yang menyaksikan Zainal Abidin menyerahkan kunci kenderaan Bezza kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini