Perlis tidak dibenarkan beraksi untuk Piala Presiden, Piala Belia - Utusan Malaysia

Perlis tidak dibenarkan beraksi untuk Piala Presiden, Piala Belia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengekalkan keputusan mereka untuk tidak membenarkan Perlis beraksi pada Kejohanan Piala Presiden (Bawah 21) dan Piala Belia (Bawah 19) pada musim ini setelah mengambil kira beberapa faktor.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd. Yusoff Mahadi, dalam satu kenyataan hari ini, berkata pasukan Perlis gagal atau enggan untuk menyempurnakan pendaftaran minimum pemain dan pegawai sehingga ke tarikh tutup pendaftaran asal iaitu pada 15 Februari lalu,

Beliau memaklumkan Perlis turut gagal menyempurnakan pendaftaran minimum pemain dan pegawai walaupun kesemua pasukan telah diberikan tempoh lanjutan (tarikh baharu tutup pendaftaran pertama) iaitu pada 22 Februari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perlis gagal menyediakan perlindungan insurans kepada pemain dan pegawai selain gagal mengemukakan Sijil Perpindahan (SPN) bagi pemain,” kata Mohd. Yusoff yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM.

Beliau berkata, Perlis telah beberapa kali memohon untuk diberikan tempoh lanjutan pendaftaran tetapi JKPT FAM berpendapat bahawa ia tidak seharusnya berlaku kerana pasukan-pasukan lain boleh menghormati atau mematuhi tarikh akhir yang ditetapkan tanpa sebarang isu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini