PENCAK silat atau seni silat mempertahankan diri mungkin dianggap sebagai ‘lapuk’ dalam dunia yang serba canggih serta moden ini berbanding seni mempertahankan diri lain seperti taekwondo atau muay Thai. Namun, tidak bagi gadis pilihan S2 berusia 24 tahun kali ini, Nor Mastura Mohamad Yusop yang masih mempertahankan seni silat, malah mahu mengetengahkan seni itu kepada golongan muda. Jika dilihat pada perwatakan dan rupa paras yang ayu, tiada siapa dapat menyangka…









