PEMBUKAAN tahun baharu bagi penyanyi Linda Rafar tidak berjalan lancar apabila dia bukan sahaja kehilangan ibu, malah berdepan saman yang memaksanya membela diri. Bertimpa ujian yang diterima, tiada sekelumit penyesalan pada wajah Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar. Sebaliknya, wanita berusia 41 tahun itu terus bangkit meneruskan kehidupan. Hal ini kerana Linda cukup yakin pasti ada hikmah di sebalik setiap ujian. Reda dengan pemergian ibunda, Rasimah Abd. Rahman pada Januari…










