SEJAK Instagram diperkenalkan sekitar sembilan tahun lalu, landskap dunia hiburan, khususnya dalam kalangan selebriti dilihat berubah secara total. Hal ini kerana, selain mudah untuk dikelolakan, Instagram juga dijadikan sebagai portfolio buat anak seni untuk ‘menjual’ status relevan mereka berdasarkan jumlah pengikut yang ada. Dalam erti kata mudah, jika seseorang artis itu mempunyai jutaan pengikut, potensi untuk menerima tawaran lakonan juga menjadi lebih besar. Fenomena digital tersebut dipersetujui sendiri oleh pelakon…










