BENTONG 20 Mac – Perbuatan tidak senonoh di sebuah pusat peranginan di Bukit Tinggi di sini berulang apabila sekumpulan wanita didapati hanya memakai seluar dan baju dalam ketika menyertai aktiviti di situ semalam. Difahamkan, kejadian yang berlaku petang semalam itu melibatkan sebahagian daripada 80 wanita berusia dalam lingkungan 20-an yang menyertai program motivasi anjuran sebuah syarikat kecantikan daripada Johor dan Kuala Lumpur. Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Mohd. Shahril Abd. Rahman berkata, polis yang menerima laporan mengenai kejadian daripada penduduk setempat telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 294 Kanun…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya